YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPT Perlu Tahan Cabaran

on . Posted in Pendidikan

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

 

ANJUNG TAMU

 

SINTOK - Mendedahkan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) di universiti dengan pelbagai ilmu kepimpinan di samping ketahanan fizikal dan mental merupakan faktor yang perlu dititikberatkan bagi melahirkan pemimpin yang berwawasan.

 

Justeru, YDP MPP dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil peluang untuk mengadakan lawatan ke UUM sambil berkongsi idea tentang ilmu pengurusan kepimpinan pelajar.

 

Mereka diiringi oleh YDP MPP UUM, Mohd. Aiman Mohd. Nahzeri ke Welcome Centre untuk mengetahui dengan lebih lanjut asal usul UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka serta lawatan santai sekitar kampus dengan menaiki trem.

 

Terbaik! “layanan yang tidak di sangka-sangka”, kata YDP MPP UIAM, Muhammad Aiman Azahan.

 

Sementara itu, YDP MPP USIM, Imran Razalle berkata, “servis terbaik dan mesra tetamu apabila berada di Welcome Centre”.

 

"Satu inisiatif yang menarik bagi memperkenalkan UUM kepada tetamu luar yang melawat termasuklah kami” ujar YDP MPP USM, Mohd. Fahmi Mohd. Fadzli ketika diberi taklimat umum mengenai Discover UUM 2016.

 

Dalam konteks ini, universiti menyeru agar semua YDP MPP menggunakan segala ilmu kepimpinan yang dipelajari dan berusaha meningkatkan kemahiran supaya dapat mempersiapkan diri mereka menjadi pemimpin pada masa hadapan.

 

Tags: terkini