LAWATAN PNC UUM CAS KE SMMTC TINGKATKAN HALA TUJU PELAN STRATEGIK

on . Posted in Pendidikan

Oleh : Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi

LAWATAN PNC UUM CAS KE SMMTC TINGKATKAN HALA TUJU PELAN STRATEGIK

SINTOK - Lawatan oleh Penolong Naib Canselor ke SMMTC, Prof. Madya Dr. Huda Ibrahim pada 6 April lalu telah membuka lembaran baru kepada pencapaian strategik pusat pengajian ini. Agenda lawatan PNC UUM CAS dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna diikuti dengan tayangan Video Korporat SMMTC. Acara diteruskan dengan pembentangan hala tuju pusat pengajian.

Pelbagai aspek dibincangkan termasuk penyelidikan, penerbitan, perundingan, penjanaan pendapatan dan lain-lain termasuk hal-ehwal staf. 

Sesi ini dihadiri oleh Dekan SMMTC, Prof Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib, barisan penjawat, staf akademik dan pentadbiran bagi mengambil input yang disampaikan oleh Penolong Naib Canselor. Selain itu, Prof. Madya Dr. Huda turut berkongsi pandangan dan maklumbalas mengenai strategi yang boleh dibuat bersama staf sebagai satu pasukan.

Dalam program yang sama, SCIMPA juga hadir membentangkan hala tuju mereka. Sesi ditutup dengan mengambil foto Penolong Naib Canselor bersama peserta sebagai tanda kenang-kenangan.

Tags: terkini