Logtrans Juara Debat Logistik Dua Tahun Berturut-Turut

on . Posted in Pendidikan

Oleh: Seksyen Media

Gambar oleh: UUM COB

Logtrans Juara Debat Logistik Dua Tahun Berturut-Turut

PULAU PINANG - Kelab Logistik dan Pengangkutan (Logtrans) UUM COB berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Debat Logistik, Rantaian dan Pengangkutan anjuran Pertubuhan Pakar Logistik Malaysia, WiLAT Malaysia dan CILT Penang yang berlangsung di AK Academy, baru-baru ini.

 

UUM COB telah menghantar dua pasukan ke pertandingan debat tersebut yang mana pasukan UUM B (Logtrans) yang diwakili Thum Wei Mang, Kh'ng Jing Yi, Koh Jia Yin dan Teoh Kher Nee berjaya mengetepikan lima pasukan lain iaitu dari Universiti Utara Malaysia (UUM A), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) A dan B, AK Academy dan Wawasan Open University (WOU) dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan trofi.

 

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi pasukan UTAR B dan UTAR A yang mana masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM400 dan RM200 berserta trofi.

 

Pertandingan debat tahun ini membincangkan isu semasa negara, antaranya adalah melihat peranan gender dalam pembangunan negara, masa depan Pelabuhan Kuantan, cabaran teksi dan pengangkutan awam, kesan pertukaran nilai mata wang ringgit dan dolar dalam kedudukan ekonomi serta pembangunan semasa.

 

Tags: terkini