3 PELAJAR CAS MENYERTAI KONVENSYEN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS KOMPUTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

on . Posted in Pendidikan

Oleh : Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni CAS

3 PELAJAR CAS MENYERTAI KONVENSYEN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS KOMPUTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

SELANGOR - Seramai 3 orang pelajar dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) College of Arts and Sciences (CAS) telah menyertai satu program iaitu Konvensyen Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer Peringkat Kebangsaan 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini telah berlangsung selama tiga hari pada 7/4/2017 hingga 9/4/2017.

Program ini bertujuan untuk berkongsi idea yang diberikan oleh pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai bidang teknologi maklumat seterusnya memberi pededahan baharu kepada para pelajar.

Program yang dianjurkan oleh Computer Sciences Students’ Association (COMSSA) UPM ini turut disertai oleh enam buah universiti lain iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program yang berlangsung ini telah dimulakan dengan perkongsian penceramah tentang pengalaman beliau sebagai pemimpin.

Para peserta dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan peserta daripada universiti lain.

Keesokan harinya, program diteruskan lagi dengan perkongsian penyelidikan Data AnalyticsQuantum Computing, Internet of Things (IoT) dan penggunaan Audio Analysis. Selepas itu, forum tentang “Impact of Research on IT for Undergraduate Student” telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Rusli Abdullah, Prof. Dr. Shamala Subramaniam dan Dr Alfian Abdul Halin.

Pada hari terakhir, satu slot perkongsian oleh pelajar UPM berkenaan Keusahawanan telah berlangsung dimana para peserta berpeluang menerokai kemampuan dan keyakinan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menurut salah seorang peserta dari Universiti Utara Malaysia yang menyertai program ini, program ini memberikan banyak input kepada mereka sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Maklumat.

Selain itu, para peserta dapat menerokai dan memperolehi gambaran yang lebih jelas tentang kesan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat terutama sekali kesannya terhadap pelajar ijazah sarjana muda.

“Dari program ini, kami dapat belajar sesuatu yang baru tentang dunia teknologi contohnya Big DataIoTdan sebagainya.

Kami juga memperolehi sesuatu yang berguna daripada pengalaman pensyarah yang telah menyiapkan penyelidikan mereka dalam bidang mereka tersendiri.

Selain itu, kami juga dapat bertukar pandangan dan pengalaman dalam pengurusan kelab IT di universiti awam dan kami berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memberi lebih pendedahan tentang teknologi terkini kepada pelajar teknologi maklumat di seluruh universiti.”

 

Tags: terkini