PPA COLGIS SASAR LONJAKAN PROGRAM MOBILITI 2017

on . Posted in Pendidikan

Oleh : Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni COLGIS

PPA COLGIS SASAR LONJAKAN PROGRAM MOBILITI 2017

SINTOK - Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (PPA UUM COLGIS) telah mengadakan satu Taklimat Program Pertukaran Pelajar (Mobiliti)  “Jom Ke Luar Negara” pada 11 April 2017 bertempat di DKG 5/4.  

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dr. Mohd Na’eim Ajis, Timbalan Dekan PPA UUM COLGIS.

 

Pada sesi taklimat tersebut para pelajar telah diberikan penerangan mengenai proses permohonan program mobiliti di dalam mahupun luar negara serta kelebihan yang disediakan oleh pihak universiti terhadap para pelajar yang berminat.

 

Pada masa yang sama, satu sesi perkongsian pengalaman oleh para pelajar yang pernah mengikuti program mobiliti ke luar negara telah disampaikan oleh Nur Amira Bbd Razak, Nurhanani Raja Mohd Noor, Siti Nur Suhaila Abd Wahab dan Aqila Mohamad Lasim pelajar dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (BIBM) yang mengikuti program pertukaran pelajar ke Universitas Dian Nuswantoro (UDINUS).

 

Seramai 19 orang pelajar yang telah mengikuti porgram mobiliti pada semester lepas iaitu A161.

 

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Rusdi Omar,  Dekan PPA UUM COLGIS, Encik Asrar Omar dan Encik Muhammad Hafiz Badrulzaman, Penyelaras Praktikum PPA UUM COLGIS. 

 

PPA UUM COLGIS mengharapkan agar sesi perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan meningkatkan keyakinan serta memberikan inspirasi untuk mereka menyertainya di masa akan datang seterusnya melonjakkan bilangan pelajar program mobiliti 2017. 

 

Tags: terkini